Rihanna - S.O.S

Rabu, 18 November 2015

Novel : Dia Imam Yang Aku Cari 9 IMG_20150612_141724Oleh : iKBAL fIRDAOS “Saya harap apa yang bakal saya bagitahu Encik ni, Encik diharap bertenang” Doktor Diana memulakan bicara. Encik Qaseem duduk menyandar badannya pada kerusi sambil mengangguk tenang. “Kesan hantukan yang dialami oleh Qasif membuatkan darah beku pada bahagian kepalanya sangat besar. Keadaan dia sangat kritikal sekarang ini. Boleh Encik beritahu saya, macam mana perkara ini boleh berlaku?” soal Doktor Diana lembut. Dia memandang ke arah lelaki yang mungkin sebaya dengan papanya. “Anak saya jatuh bilik air doktor” bohong Encik Qaseem. Doktor Diana mengangguk. Dia tidak bertanya lebih lebih. Dia hanya tersenyum. Dia tahu bukan sebab ‘jatuh bilik air’ tapi sebab ‘dipukul’. Dia hanya memilih untuk mendiamkan diri. Kesan kesan lebam pada anggota badan Qasif bermain di dalam kotak fikirannya. Patutkah aku bertanya? Soal hati kecilnya ragu ragu. “Maaf doktor, boleh saya tanya.. Bila anak saya boleh discharge?” soal Encik Qaseem apabila dia rasa tidak betah bila dirinya diperhati oleh Doktor Diana. “Hmmm.. Anak Encik kena buat operation terlebih dahulu. Darah beku di dalam kepalanya kena dikeluarkan. Sebab itu saya panggil Encik Qaseem ke mari. Saya nak kasi borang ni..borang kebenaran waris” Terang Doktor Diana. Dia mengeluarkan borang tersebut dari laci mejanya. Borang tersebut bertukar tangan. “Ingat Encik, darah beku dalam kepala anak Encik wajib dikeluarkan kalau tidak tersangatlah berisiko.” tambah Doktor Diana lagi. “Baik lah doktor, saya akan fikirkan dulu…terima kasih” balas Encik Qaseem. Dia bangun lalu berlalu dari bilik rawatan. Sempat dia menghadiahkan senyuman kepada Doktor Diana sebelum keluar. ****** “Eh nantilah dulu! Tunggu aku kejap! Weyh!” pekik Fazrain dari belakang. Aku meneruskan jalan dengan selamba. Bukan time nak berasmaradana dengan kau waktu ni! “Kau ni jalan dah macam robot. Laju! Bukan nak tunggu aku ke apa? Nak beli air gedegang pun tak sempat” rungut Fazrain di sebelah. “Kau boleh tak diam? Adik aku sekarang ni tengah nazak! Kau boleh tak jangan bazirkan masa aku dengan nak air gedegang bagai lah?!” marahku. Aku melajukan langkah. Meninggalkan Fazrain tercungap cungap di belakang mengejarku. “Okay okay! Aku diam!” Fazrain yang baru tiba dekat denganku mengangkat tangannya seperti orang menyerah kalah. Aku buat tak layan. Lagi aku layan, lagi jadi! “Kau pergilah dulu eh, aku nak settle air gedegang aku jap” Aku merengus kasar. Haprak sungguh mamat ni! Mengalahkan bebudak! “Maaf cik, ada tak pesakit bernama Nur Qasif Qusydan?” tanyaku apabila tiba di kaunter pertanyaan. “Oh, kejap ye.. Saya check” balas jururawat manis tersebut. Nametag yang dipakai olehnya sempat ku tilik. ZUHANIS.. Sedapnya nama. Pujiku dalam hati. “Ada Cik.. Tingkat 3 bilik dia” “Okay.. Thanks Zuhanis” ucapku sambil tersenyum manis. Zuhanis terpinga pinga hanya membalas senyumanku. ****** “Assalamualaikum,ibu… Macam mana dengan keadaan adik sekarang?” Soalku melulu apabila tiba di hadapannya. Puan Raudhah tersentak. Dia melangut atas. Wajah anak tirinya dipandang dengan penuh rasa benci.Dia bangun menghadapku. “Baru sekarang kau soal pasal adik kau?” Soal Puan Raudhah dengan kasar. Aku hanya diam. Bukan aku tidak mahu pulang jenguk adik aku tapi abah dah haramkan aku jejakkan kaki aku untuk pulang ke rumahnya di kampung. “Jawablah bodoh! Aku tanya ni!Perempuan jalang!!” pekik Puan Raudhah menunjal nunjal kepalaku. “Isteri saya bukan perempuan jalang dan bodoh! Don’t you ever ever mention that word againt, if you won’t a die!!” keras ugutan satu suara garau yang baru muncul. Aku tersentak apabila Fazrain terus menghampiriku dan memeluk pinggangku. Eh? Tadi bukannya nak beli air gedegang ke? Kebulur sangat! “Wah! Wah! Dah ada penyelamat sekarang. Hmm.. Untung lah kau kan?” sindir Puan Raudhah menunjal sekali lagi kepalaku. “Jangan kau sentuh Qaseh!!” pekik Fazrain. Terhinjut bahu aku dibuatnya. Kuatnya suara! “Hey jantan, jangan nak bela sangatlah perempuan ni. Kau belum kenal siapa dia. Kahwin baru sebulan lebih dah sibuk nak jadi penyelamat” sindir Puan Raudhah. “Itu tugas aku seorang suami” jawab Fazrain masih lagi tidak mahu mengalah. “Suami? Suami bidan terjun? Macam tu?” “Panggg!!!” Terkejutku dengan tindakan drastik Fazrain. Puan Raudhah memegang pipinya yang kemerahan. Naik pijar pipinya dek tamparan istimewa menantu tirinya. Sebelum ini tidak siapa pun pernah berani menyentuh pipinya mahupun tampar. “Kurang ajar kau!” jerit Puan Raudhah. Pedih hatinya kala itu. Puan Raudhah mengangkat tangannya ingin membalas tamparan itu balik tapi menantunya itu lebih cekap menangkap tangannya. “Sepatutnya yang kurang ajar itu kau bukan aku! Aku cuma nak ajar kau cara berbudi bahasa. Perempuan jalang!!” pekik Fazrain baran. Terhinjut bahu kami mendengarnya. Tambah lagi orang yang lalu lalang di situ. “Maaf Encik, di sini bukan tempat bergaduh. Tolong senyap.. Takut pesakit kami akan diganggu” tegur salah seorang doktor di situ. Fazrain tersentak terus diam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar