Rihanna - S.O.S

Selasa, 17 November 2015

kumpulan doa-doa

1.Baca Surah Al Fatihah 7 kali, Ayat Kursi 7 Kali, Surah Al Kafirun 7 Kali, Surah Al Ikhlas 7 kali,Surah Al Falaq 7 kali dan Surah An Naas 7 kali selepas Solat Jumaat ( sebelum mengubah kedudukan. Insya Allah diampunkan segala dosa, terpelihara hingga ke Jumaat hadapan dan dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga

2.Baca Surah Al Fatihah pada setiap awal bulan Hijrah bermula hari Ahad. Dibaca Hari Ahad 70 kali, Hari Isnin 60 Kali, Hari Selasa 50 kali, Hari Rabu 40 kali, Hari Khamis 30 kali, Hari Jumaat 20 kali dan Hari Sabtu 10 kali insya Allah murah rezeki, kaya raya dan terbuka segala pintu kebaikan.

3 Baca Al Fatihah 1000 kali insyaAllah murah rezeki, mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi.

4.Baca Bismillah 300 kali ketika matahari terbit ( menghadap matahari) dan solawat 300 kali insya Allah dimurahkan rezeki dan dikurniakan kekayaan zahir dan batin.Mujarrab.

5. Baca Ayat Al Kursi 170 selepas solat atau tengah malam kemuadian baca Ya Kaafiyu Ya Ghaniyu Ya Fattahu Ya Razzak 3000 kali insya Allah dikurniakan pangkat,dibebaskan dari belenggu hutang. Mujarrab!

6. Baca Surah Aali Imran ayat 26 -27 selepas solat fardhu, solat sunat, sebelum tidur dan baguan tidur, Insya Allah akan diluaskan rezeki, diberkati, dinaikkan pangkat.

7.Baca Surah Aali Imran ayat 37 atau tulis dengan memecahkan huruf-hurufnya,kemudian di letakkan di kedai, insya Allah jadi pelaris. Sebaiknya di tulis 50 wau bersama huruf-huruf tersebut

8.Amalkan selalu akhir ayat 73- 74 atau tulis kemudian di letakkan dikedai insya Allah laris jualan, dikabulkan hajat.

9. Baca ayat di atas 100 kali selepas solat Subuh pada Hari Jumaat, nescaya dilimpahkan rezeki lahir dan batin hingga Jumaat akan datang.

10.Amalkan Surah Aali Imran ayat 173-174 insya Allah dikasihi dan diluaskan rezeki.

11. Baca Surah Al Waqiah 3 kali selepas Isya Insya dihindarkan dari papa kedana serta diluaskan rezeki.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar