Rihanna - S.O.S

Rabu, 18 November 2015

Novel : Cintaku Tiada Batas Oleh : JANNAH MUHAMMADMOHAMAT IKBAL FIRDAOS SELEPAS MAKAN di kantin, Balqis mengambil terlekungnya untuk solat Zohur di surau sekolah. Zalia menghampri Balqis, tetapi Balqis beralih ke tempat lain. Zalia makin rasa bersalah. Balqis hampir pecah perutnya menahan rasa hendak ketawa. Balqis keluar dari surau untuk masuk ke kalas tambahan, terpaksa masuk juga walaupun malasnya hanya ALLAH saja yang tahu.Bibirnya tidak lekang berdoa agar ALLAH mengurniakan sifat rajin padanya Langkah Balqis laju meninggalkan Zalia yang terus mengejarnya. “ Qis!. Tunggu!. Lia hendak minta maaf !.” Langkah Zalia juga laju mengejar Balqis. “ Qis hendak cepat!. Qis lapar!.”kata Balqis. Laju langkahnya.. “ Tadikan ke baru pergi kantin!, lapar apa lagi Qis?!.”.soal Zalia.” Dia pelik. ‘Ya ALLAH! Kenapa Qis cakap Qis lapar?!.’ Balqis menampar mulutnya. ‘ Alamak!, cikgu baru itu sudah tunggu dekat pintu!. Kenapa cikgu baru itu datang awal?!.’ Balqis terkejut melihat Arjun berada dimuka pintu. ‘Datang pun!.’desus hati Arjun. Hanya senyuman tawar yang disembahkan oleh Balqis kepada Arjun. Tanpa berkata apa-apa Balqis terus masuk. Dia cuba menghadirkan diri di kelas itu. Kedatangannya di kelas tambahan Bahasa Inggeris bukan kerana ingin mempelajari Bahasa Inggeris, tetapi kerana selepas ini ada kelas tambahan untuk mata pelajaran Sejarah. “ Good evening, Sir.”ucap Zalia bersama senyuman apabila langkahnya melintasi Arjun. Apabila Arjun melihat semua pelajarnya hadir, barulah dia masuk ke dalam kelas. Arjun memulakan pelajaran pada hari ini, dia mengajar teknik menjawab karangan. ‘E…..! Apa cerita yang cikgu itu cakap?. Satu pun susah hendak faham. Qis datang pun sebab lepas ini ada mata pelajaran Sejarah!, kalau bukan kerana Sejarah!, Qis tidak mahu datang!, bilalah hendak habis waktu BI ini?.’ desus hati Balqis. Tanpa disedari Balqis tertidur. Arjun memerhatikan Balqis sambil mulutnya memberi penerangan. Zalia yang sedang khusyuk mendengar, memerhatikan arah mata Arjun. Dia segera menoleh ke sebelah kanan. ‘Ya ALLAH! Apalah kena dengan sahabat aku ini?. Dia tidur pula!. Habislah Qis, Sir renung Qis!.’ Zalia gelisah. Takut kawannya itu kena marah. “ Now!, I want you’ll open the book and open your eyes, Balqis!.” Suara Arjun agak kuat. Boleh pecah gegendang pada mereka yang mendengarnya. Balqis yang mendengar terbangun daripada tidurnya. “ Sudah habis ke waktu cikgu baru itu?!. Cikgu baru itu sudah keluar ke?!.”soal Balqis sambil mengelap matanya. Alangkah terkejutnya dia apabila Arjun masih ada di situ, berdiri di depannya. Kawan-kawannya menahan ketawa apabila melihat gelagat Balqis. Mimi juga begitu. “ What your problem Balqis?!. Saya tengah mengajar di depan kamu tidur!, pelajar lain elok tumpukan perhatian tapi kamu tidur!. Saya tahu kamu pandai Bahasa Inggeris, tapi tolong jangan meremehkan apa yang saya ajar!.” tegur Arjun. Kelakuan Balqis begitu mencabarnya. ‘Ya ALLAH….., habislah Qis terkena!. Macam mana Qis boleh tidur?.’ Balqis diburu persoalan. ‘Padan muka!.’desus hati Mimi. “ Now!, kamu pergi basuh muka, Balqis!. Cepat pergi!. Kelas berlangsung tidur pula!.” tengking Arjun. “ Tengoklah Lia, Qis cari penyakit.” Balqis sempat mengadu. “ Apa yang kamu tunggu lagi?!.” Arjun marah. Balqis segera bangun dan berlalu dari situ. “ Sesiapa yang mengantuk, pergi cuci muka.” arah Arjun. Mimi segera bangun, niatnya untuk mengenakan Balqis di dalam tandas nanti. Dia menggunakan jalan pintas untuk ke tandas. Dalam perjalanan ke tandas, Balqis berpatah balik. Qis malulah!. Ada ke lepas solat Qis tidur!. Patutnya Qis mesti cergas!.’ Balqis seperti tidak berpuas hati dengan dirinya sendiri. Dia kembali masuk ke kelas. Balqis membaca ta’awwuz sebelum masuk ke kelasnya. Ucapan memohon perlindungan ALLAH daripada gangguan syaitan dilafazkannya berkali-kali sebelum masuk ke dalam kelas. Dia amat berharap, agar dia dapat memberi tumpuan biarpun tidak menyukai pelajaran yang diajar. Mimi yang sudah berada di dalam tandas tercari-cari Balqis. Namun tiada ditemunya. ‘ Bodoh punya perempuan!. Dia masuk tandas ke tidak?!’. Mimi menyumpah apabila kehendaknya untuk mengenakan Balqis tidak kesampaian. Balqis sampai ke kelasnya. Dia mengukirkan senyuman. Senyumannya yang cantik dek giginya yang tersusun rapi. “ Selamat petang, cikgu baru.”ucap Balqis sambil mengaturkan langkahnya menuju ke tempat duduk. “ You call me Sir, Balqis!, not cikgu!. Saya ajar kamu Bahasa Inggeris bukan Bahasa Melayu!.”kata Arjun. Sedikit menengking. ‘Allahuakhbar!. Apa lagi yang cikgu baru mahu?!. Ada saja yang tidak kena.’desus hati Balqis sambil merenung Arjun yang seperti tidak berpuas hati. “ Lia, apa yang cikgu baru mahu?.”soal Balqis. Suaranya perlahan. Zalia memberi penerangan. “ Cikgu baru itu kata tidak boleh panggil cikgu, tapikan ke maksudnya sama?.”soal Balqis. Zalia menjungkit bahunya. “ Balqis!.”panggil Arjun. Nada suaranya agak kuat. Dia marah melihat Balqis dan Zalia bersembang. Balqis terkejut. Jantungnya berderau. “ Cikgu baru mahu saya ulang semula ke?.”soal Balqis. “ Yes!, of course!.”jawab Arjun. ‘Kenapa dia panggil aku cikgu baru?!. Apa kena dengan budak ini?. Suka cari pasal dengan aku!.’desus hati Arjun. “ Selamat petang cik…Eh! Good evening Sir.”ucap Balqis.Tersengih. “ Yes!, good evening.”balas Arjun.Dahinya berkerut seribu. Sikap Balqis memelikkannya. Zalia tersenyum apabila mendengar sahabatnya berbicara dalam Bahasa Inggeris. Walaupun bicara sahabatnya itu hanya sepatah dua. “ Kenapa Lia senyum. Qis salah cakap iya?. Itu saja yang Qis tahu.” Balqis menduga. “ Bukanlah. Cuma Lia bangga Qis cakap Bahasa Inggeris. Macam inilah kalau hendak pandai Bahasa Inggeris, mesti berani bertutur dalam Bahasa Inggeris.” kata Zalia.Hatinya dihambat rasa gembira. “ Qis hentam sebenarnya, bukan tahu pun.Qis tahu pun sebab masa tahun satu ada belajar good morning maksudnya selamat pagi, goad evening maksudnya selamat petang.”kata Balqis. “ Mula dari hentamlah Qis, lama-lama betullah, lama-lama timbul rasa minat.”kata Zalia. Tersenyum. “ Iyalah!.” Balqis ketawa kecil. “ Lia, ada satu lagi. Good night maksudnya…selamat malam. Jom kita tidur, esok hendak sekolah.”kata Balqis. Seloro. Zalia ketawa. “ Balqis!, Zalia!.”tegur Arjun. Dari tadi memandang dua sahabat itu. Balqis dan Zalia memandang Arjun apabila nama mereka dipanggil. “ Saya suruh…… Arjun terhenti berbicara apabila Mimi masuk. “ Ke mana kamu pergi Mimi?. Basuh muka pun lama!. Duduk!.”arah Arjun. Mimi dengan muka masamnya menurut kata Arjun. Tengkingan Arjun begitu memukul hatinya apatah lagi apabila melihat Balqis sudah berada di dalam kelas. “ Qis!, Lia rasakan Mimi ada hajat dengan Qis.” Zalia mensyakinya. “ Hajat?!. Hajat apa?.”Balqis pelik apabila Zalia menyuarakan sebegitu. “ Lia rasa dia hendak kenakan Qis dekat tandas. Tapi….cepat pula Qis ke tandas tadi, Qis cuci muka di mana, di surau?.” timbul pula persoalan difikiran Zalia. “ Mana-mana pun tidak, Qis tidak cuci muka pun.”jawab Balqis. “ O…..pasal itulah Mimi lambat masuk, dia cari Qis, lah tadi.”kata Zalia. Mensyaki. “ Mimi hendak kenakan, Qis?. Tidak mungkinlah. Apa yang dia dapat?. Lia, tidak baik menuduh. ALLAH marah.” sukar untuk Balqis percaya akan apa yang dikatakan oleh Zalia. “ Balqis!, Zalia!.” tiba-tiba Arjun bersuara. “ Kenapa kamu berdua suka bercakap?!. Saya suruh buat kerja!. Buatlah!.” tengking Arjun. Zalia menutup mulutnya. Balqis merenung Zalia, dia tidak tahu kerja apa yang guru Bahasa Inggeris suruh buat. “ Buat kerja apa, Lia?.” soal Balqis. “ Buat kerja yang Sir tulis dekat papan hitam itu.”beritahu Zalia. “ Apa benda yang ditulisnya?. Qis tidak fahamlah cikgu baru itu suruh buat apa?. Kamus Qis tinggal di rumah.” Balqis mula pening. “ Sir suruh kita buat karangan.” terang Zalia. “ Hah!, karangan lagi?, karangan apa?.”soal Balqis. “ Surat rasmi.” beritahu Zalia. Arjun memandang gelagat dua pelajarnya itu. “ Balqis!, Zalia!, saya tidak tahu apa yang kamu bualkan!, tapi kamu buang masa!, kamu boleh siapkan kerja hari ini!, tapi kalau kamu bersembang, apa yang kamu berdua dapat??.” tegur Arjun yang terpaksa berkasar. Balqis dan Zalia hanya diam, mereka berdua mula membuat kerja yang disuruh oleh guru Bahasa Inggeris itu. Balqis dan Zalia sedar akan kesilapannya. Memang benar kata murabbi itu. Sepatutnya mereka membuat kerja yang disuruh, bukannya bersembang. Kelas yang berlangsung tiba dipenghujung. Arjun menutup buku yang dibacanya. “ Okey class,class stop here, but remember you’re must do the work, tomorrow I want.” kata Arjun yang tidak mahu pelajarnya bertangguh dalam kerja. “ But Sir, tomorrow not BI.” kata Zaim. “ So, buat kerja saya bila ada waktu saya saja?.Sorry Zaim.” Arjun rasa bersalah berbicara sedemikian. “ It’s nothing, you’re right.” Zaim sedar kata-kata gurunya itu adalah benar. Arjun tersenyum mendengarnya. “ Okey class, stand up!.”pinta Arjun. “ Thank you, Sir!.” ucap semua pelajar. “ See you.”ucapan itu dijawab oleh Arjun. Arjun berlalu dari situ. “ Lega esok tiada BI.” Balqis tersenyum girang. “ Esok memang tiada BI Qis, tapi Sir hendak kerja ini esok.” “ Apa?!.” Balqis terkejut. “ Tadikan ke Sir, cakap.”kata Zalia. Mengingatkan. “ Iya ke Lia?.Errr…Lia tolong Qis boleh?.”pinta Balqis. “ Tolong Qis buat kerja ini?.”soal Zalia. “ Bukan begitu. Qis minta Lia ajar saja.”kata Balqis. “ Eh!. Biar Lia buatlah.”kata Zalia. “ Sampai bila Lia hendak buat kerja BI, Qis?. Nanti cikgu baru itu fikir Qis pandai BI. Padahal Qis apa pun tidak tahu.”kata Balqis.Dia menyuruh Zalia membuat karangan pada malam itu kerana terdesak sangat dan guru Bahasa Inggerisnya mahukan karangan itu pada keesokkan harinya, kalau bukan kerana terdesak dan mahu segera, dia akan cuba buat sendiri meskipun banyak salah. “ Lia akan ajar Qis Bahasa Inggeris hari Sabtu ini. Pasal kerja ini biar Lia yang buat. Jangan risau Sir tidak akan tahu. Biarlah Sir sangka Qis pandai BI.Lagipun Lia berasa bersalah sangat pada Qis, iyalah kerana Lia, Qis dapat malu, Lia tiada niat hendak buat macam itu, Lia cuma hendak bergurau saja, tapi tidak sangka Mimi buat hal.pula Tadi Lia kejar Sir, hendak beritahu hal ini, tapi……Lia takut.”beritahu Zalia. Larian kencangnya hanya di pertengahan jalan. Dia tidak berani memberitahu Arjun cerita sebenar. “ Tidak mengapalah, Lia. Lagipun minat itukan ke banyak segi. Mana boleh benci orang, tambahan pula bencikan seorang guru. Nanti dia mengajar kita susah hendak faham. Tapi Qis tidak mahulah cikgu baru itu sangka Qis pandai BI. Padahal Lia yang buat kerja-kerja Qis. Apa yang Qis buat ibarat satu pembohongan, berbohong itu berdosa Lia.”kata Balqis. Takut pada kemurkaan ALLAH. “ Biarlah Qis. Nanti berkat Lia ajar, Qis pandai juga BI. Buat masa ini ialah berbohong, tapi lama kelamaan Qis tidaklah berbohong.”kata Zalia. Ambil mudah. Balqis terdiam. Tiba-tiba Balqis ketawa, ketawa yang agak perlahan itu mengejutkan Zalia. “ Kenapa Qis ketawa?.”soal Zalia.Penuh kehairanan. “ Maknanya Lia,lah yang minat cikgu baru itukan?. Minat dari segi apa iya?.”soal Balqis.Dia kembali ketawa. Zalia sedikit geram, akhirnya dia juga yang ketawa. • Ada sambungannya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar